Navigations =D

Monday, 8 October 2012

Jujurnya Seorang Kanak-Kanak

 
 
 
 
Ketika masih kecil , Abdullah bin Mas'ud pernah mengambil upah mengembala kambing. Suatu hari semasa sedang berada di kawasan pengembalaannya , beliau ternampak dua orang lelaki tua kelihatan tenang datang ke arahnya . Itulah Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya , Abu Bakar al-Siddiq . Walaupun mereka berdua masih jauh , beliau dapat melihat keadaan mereka yang amat keletihan . Pasti mereka berdua sangat dahaga setelah menempuh perjalanan yang cukup memenatkan.

Setelah tiba di tempatnya , mereka berdua memberi salam dan berkata: "Wahai budak , perahkan susu daripada kambing-kambing ini supaya dapat menghilangkan dahaga kami dan membasahkan urat tekak kami."

Abdullah berkata: " Saya tidak akan melakukannya . Kambing ini bukan milik saya . Saya hanya diamanahakan untuk menjaganya."

Tetapi , kedua-dua lelaki tersebut tidak membantah jawapannya . Kemudian , Rasulullah s.a.w. bersabda , maksudnya: "Tunjukkan kepadaku kambing yang masih belum disetubuhi oleh kambing kambing jantan."

Maka , Abdullah menuruti perintah tersebut dan menunjukkan kepadanya seekor kambing kecil yang berada berdekatan . Baginda terus menuju ke arah kambing itu lalu menyapu kuntung susunya dengan tangan Baginda yang mulia sambil menyebut nama Allah s.w.t.

Dengan kuasa Allah s.w.t. , kantung susunya mengeluarkan susu yang banyak . Baginda dan sahabatnya itu minum daripada susu tersebut , sedangkan Abdullah hanya melihat hampir-hampir tidak mempercayainya.

Abdullah melihat kejadian tersebut dengan penuh takjub dan berkata dalam dirinya: "Bagaimana pula kambing kecil yang tidak pernah disetubuhi oleh kambing jantan mampu mengeluarkan susu?"

Setelah dahaga hilang , Baginda berkata kepada kambing tersebut: "Kecutlah." Dengan kuasa Allah s.w.t. , kantung mengecil dan menjadi sama seperti keadaannya yang asal . Sejak daripada kejadian tersebut , Abdullah bin Mas'ud meninggalkan kerjanya sebagai pengembala dan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w.

PENGAJARAN: --

~Kejujuran meninggikan darjat seseorang.
~Allah berkuasa menetapakn sesuatu walaupun tidak terjangkau oleh akal manusia.

Renungan :)  Hanya mengongsi sahaja
Assalammuaalaikum
 

Thanks for reading,like kalau suka :DD