Muslimah's ..
Wednesday, 15 July 2015
Meningkatnya umur
Tuesday, 26 March 2013
Maira Azlan : 3

Tiba-tiba sahaja peluh mula membasahi muka Azlan. Azlan tersenyum kelat.
"Err.. rasanya belum lagi kot.",balasnya gugup.
"Laahh, awat takda lagi. Takpa2 anak mak cik ni kan ada.",ungkap ibu Maira lagi.
Maira terkejut apabila ibunya kata begitu. Matanya membulat tanda terkejut.
'Ibuuuuu !..., Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu' , jerit hati Maira.
Azlan mencuri pandangan kearah Maira sekejap. Maira menjadi malu-malu kucing. Mukanya habis merah padam.
***************
Setelah puas berborak panjang, keluarga Azlan meminta diri untuk pulang ke rumah.
"Terima kasihlah, jemput kami. Nanti ada apa-apa panggillah lagi.", ujar Puan Humaira.
"InsyaAllah, boleh saja." balas ibu Maira dengan senyuman.
Kereta Azlan pun beransur hilang. Tetapi hati Maira merasakan sesuatu yang aneh baginya. Pemergian Azlan tadi membuatkan hatinya terasa rindu dengan kejadian tadi.
'Allah, apa yang aku fikir ni? Astaghfirullahal'azim', hatinya berbisik.
Sungguh dia tidak mahu terjerat dengan zina hati. Biarpun didengarnya hanya remeh, tapi impaknya besar dan boleh membuatkan seseorang itu angau tidak tentu arah.
"Maira, maira! Dah, masuk rumah. Tercegat lagi dekat situ kenapa? Nak Azlan datang balik ke?" , terjah ibunya
"Ehehe, iyalah bu. Tapi, takdelah sampai nak tunggu Azlan tu."
"Eh, anak ibu ni tak berkenan ke dengan Azlan tu?"
"Bukan tak berkenan, cuma terlalu awal lagi. Maira rasa biarlah Allah yang tentukan. Lagipun, Maira nak sambung masuk U lepas ni.", balas Maira petah.
Dua celoteh anak beranak ini amat bahagia. Ayahnya yang elok sahaja menonton televisyen, beralih pandangan kepada isterinya dan anak perempuannya itu. Hanya ucapan 'Alhamdulillah' yang lahir di bibir Encik Zulkifli.
************
"Maira, ayah rasa nak pergi rumah Encik Arman minggu depan. Ayah ingat nak bawa kamu semua.", ucap ayahnya.
Tersedak Maira dibuatnya. Perasaan gugup kembali menghantui.
'Ah, taknak, taknak', hatinya memberontak.
"Maira ikut sekali ye. Ibu pun ikut juga. Bosan tak ada anak ayah dengan ibu ni.", pujuk ibunya pula.
Permintaan ibu dan ayahnya sukar untu ditolak. Maira turuti sahaja. Dia tidak mahu menghampakan harapan kedua ibubapanya. Maira tersenyum kelat apabila melihat ibunya senyum keriangan. Dia cuba untuk berlaku selamba padahal hanya hati mengungkap segalanya.
'Allah.. takpa-takpa, akan aku tepis dengan beristighfar kepadaMu', nekadnya
*************
Dirumah sana, Azlan sedang sibuk menyiapkan projeknya di universiti. Katanya, penting untuk dapat pointer tinggi. Disebelahnya, terhidang segelas susu dan dua roti bakar bersalut mentega kacang. Mamaya dari tadi hanya memerhati anaknya yang sedang tekun belajar. Azlan sampai idak menyedari yang mamanya mengintainya dari belakang.
"Azlan, dah dahlah tu. Nanti, kamu tu bangun lambat.", pujuk mamanya, Puan Humaira.
"Lagi sikit je ni, mama.", balas kembali Azlan.
"Azlan, mama nak cakap sikit dengan kamu ni."
Azlan mengangguk tanda setuju untuk mendengar apa yang mamanya mahu bicarakan.
"Minggu depan giliran keluarga Maira datang sini. Kamu tak pergi mana-mana kan?", soal Puan Humaira.
Gurlpp. Terkejut hatinya apabila nama Maira diungkap oleh mamanya. Rasa mahu mengelak sahaja daripada terus berjumpa dengan Maira. Hatinya berdegup kencang. Diam sahaja yang mampu dilakukan.
"Ermmm.. tak kot.", jawabnya acuh tak acuh.
"Bagus, nanti tolong mama ye, sediakan makanan untuk tetamu nanti."
"Hmm..", hanya itu yang terkeluar dari mulut Azlan.
'Ya Allah, peliharalah hatiku. Janganlah aku jatuh ke jurang cinta nafsu. Jauhkanlah zina hati daripadaku. Ameen', doa hatinya.
Azlan dan Maira, masing-masing mahu mengelak daripada berjumpa. Mahu mengelak supaya hati dijaga. Hanya Allah sebagai pengadu untuk hati berbicara.
*Bersambung ..

Wednesday, 20 February 2013
"Kenapa saya lebih suka single ?"

Firstly, jawab salam tu, hehe. :) Ana ada entri yang baru. Tapi, ana copy. Bukan 'homemade' ye macam entri sebelumnya. Entri buat ana tertarik dengan isi dia. Rasa macam real pun ada tau ! Seriously ! Walaupun ni hanya pendapat dia. Ana cuma nak share apa yang best pasal entri ni :)
P/s: 'dia' . Nanti korang tahu :)
Entri : Kenapa Saya Lebih Suka Single?
Kenapa saya lebih suka single? It is because:
1) Boleh tumpukan cinta kepada Allah je. Senang je nak beribadah. Ini lah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikir kan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan.
2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-ing. No morning text, wake up call, good nite message. haih, macam leceh je nak text semua benda. -,- Kalau sekarang ni pun selalu topup sebab hal kerja je. Ewah.
3) Tak de siapa yang boleh membebel marah-marah. Belum sah halal lagi dah mengongkong.
4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes, yang pasti masih dalam batasan ye anak-anak.
5) Kurang sakit hati. Bagi saya la, sia-sia je ada rasa sakit hati. Kan kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hati la. lepas tu menangis la. Aduh. Jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.
6) Tak buang masa. Kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, errr macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga, Allah? -,-
7) Enjoy the silence. Orang kata sunyi bila tak de orang nak text, tak ade orang kita nak call. But hey, enjoy the silence lah :D How? Dapatkan ketenangan jiwa dengan berzikir kepada-Nya. Nak lagi best senyap-senyap masa malam tu bangun Qiamullail. See, macam mana kita nak enjoy the silence tu depends on kita sebenarnya.
8) Kurang bosan. Hari-hari menghadap muka sama je tak tahu lah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.
9) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakan-Nya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.
10) Boleh fokus dalam matlamat (pelajaran dan sebagainya). Boleh belajar rajin-rajin, boleh dapat pointer tinggi-tinggi, boleh belajar ilmu agama tanpa had, kesimpulannya kehidupan lebih terfokus.
"Ini dari pandangan diri sendiri la kenapa single dulu before akad tu lebih indah."
Orang kata bercinta berpada-pada, kalau terputus tak de lah merana sangat. Lagi-lagi usia muda yang memang tak tahu nak kawen bila kan. Maka wajarlah kita menumpahkan seluruh rasa cinta kita buat Allah. Bukan tak boleh, bukan salah. Okay.
Cinta itu FITRAH. Fitrah yang Allah bagi kepada semua hamba-Nya. . Tak kan lah berdosa pulak jika kita rasa cinta tu kan. Tapi, FITRAH boleh bertukar menjadi FITNAH bila dalam sesuatu hubungan tu korang ada buat apa yang Allah tegah. Tak semestinya niat nat kawen dengan dia tapi 24 hours kau berdua-duaan dengan dia. Niat tak menghalalkan cara. :) Ingatlah, even manusia tak boleh nak nilai niat kita apa tapi Allah tahu. Takpe, don't worry, masih punya masa untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu. Better kita buru dulu keredhaan Allah.
So, habis sudah entri ni ;) Haa, sebelum tu bagi tepuk tangan yang paling gemuruh pada penulis entri ni. Mesti nak tau kann ? Okay, okay. Dia adalahhhh ... Kak Farah Waheeda . *clap, clap, clap* Ni adalah credit ana untuk akak Farah :) Entri akak semuanya, gempak ! Bak kata, Sir Firdaus *science teacher* "Power gilerr, Gempak gilerr" Hehe. Tabik ana ;)
P.s.s: Click tau, nama Kak Farah Waheeda *tekan yg nama penuh tu* ;) Nanti korang boleh explore, akak Farah punya blog. Selamat menerjah ^^
Wassalammuaalaikum warohmatullah :D
Saturday, 16 February 2013
Hawa, you're precious !

Hawa, you're really, really, really precious ! Don't cheap yourself. Ecececyhh, speaking pulokkk. Hehe. Kay2, Allah dah ciptakan hawa itu terlalu indah. Zaman nabi nabi kita dulu, kaum hawa hanya layak jadi hamba abdi, hamba puaskan hawa nafsu semua tuh. MasyaAllah ! Tetapi, Rasulullah S.A.W telah mengangkat martabat seorang wanita . Janganlah kita mempersiakan perjuangan nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Jika baginda tiada, siapalah kaum hawa sekarang.
Ana bagi video ni ye. Watch watch lah yee :) Selamat menonton :D
So, how was it ? Best kan ? Bagi ana, video memang superb ! Ana suka cara dia sampai message ni :) Video ni bukan sahaja untuk kaum hawa, tapi kaum adam juga ! Jangan cakap yang aurah adam tak sepenting kaum hawa. Noooooooooo ! You're 100% wrong ! Aurah awak wahai adam adam sekalian, adalah tanggungjawab awak semua. And as for you too, hawa. Aurah awak pun sama. Kena jaga. Jangan nak sambil lewa. Nanti dekat akhirat nanti, Allah tanya .. takkan nak sambil lewa waktu tu juga ? Rasanya, tak sempat nak sambil lewa dah waktu tuh.
So, Aurah is your own responsibility ! Remember that ! Kalau taknak kena sambar dengan api dekat neraka nanti, kenalah jaga. Tutuplah, perliharalah. Biar susah susah didunia, asalkan kita bersenang senang di syurga Allah. In Shaa Allah :')
"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"
Wassalamuaalaikum warohmatullah .
Thursday, 14 February 2013
Mind your Ikhtilat, Muslims

Ikhtilat. Hmm, ikhtilat itu apa yaa ? Ikhtilat tu dalam bahasa arab kalau dalam bahasa melayu ikhtilat maksudnya Pergaulan. Pergaulan. Ada apa dengan pergaulan? Haa, ni nak cerita sikit. Kita islam, muslim kena jaga auratlah, jaga solatlah, jaga adablah, jaga percakapanlah, jaga akhlaklah. Tapiiii .. kita lupa nak jaga pergaulan kita sesama manusia. Girls and boys. Hawa dan adam. Perempuan dan lelaki. But, pergaulan ni ada banyak bahagian. Bahagian ana nak cerita ni adalah pasal kaum Adam dan Hawa. :)
"Alah, pergaulan je. Cakap jauh jauh jelaa.. kan senang." Yes, indeed ! Cakap jauh jauh memanglah. tapi cara kita jaga tu melalui kita cakap, jarak dan seumpama dengannya. Kita jaga ke ? Ingat balik :) Kadang kadang, perkara remeh boleh jadi perkara yang besar. Contohnya, pergaulanlah. Mula mula kawan, pastu Bf/Gf semua tuh. Tak pasal pasal, perut si Gf tu dah buncit. See ? Besar kan ?
Sebab tu kena jaga ikhtilat kita walaupun ada urusan penting mana pun. Kita cakap pun kena jaga. Cuba ingat balik, apa yang kita cakap dekat dia tu *L/P* Kalau sekadar nak tanya 'awak dah makan? awak dah solat? awak dah ...' blablabla and so on. Penting sangat ke ? Sampai kalau tak tahu boleh mati *nauzubillah*. Selagi belum sah suami isteri jangan mengada ngada nak ambil tahu. Hehe. Tapi kalau boleh tak payahlah tahu. Yang penting sekarang, jaga hubungan kita dengan Allah.
'Tapi kalau ada urusan yang tersangat penting?' Itu boleh, selagi urusan tu bukan yang pasal remeh temeh. Urusan macam pekerjaan ke, kewangan ke, atau yang hampir sama dengannya itu boleh. In Shaa Allah :) Haa, lagi satu. Jangan pula salah anggap, kalau adik beradik tak apalah. Janji jangan lelaki yang bukan muhrim, ajnabi.
Ikhtilat juga selalu tak terjaga bila 'bercouple'. Okay, couple disini jelas dah tunjuk hukumnya iaitu Haram. So, buat apa nak couple couple semua ni ? Sibuk nak mengada je tahu dan buang masa. *maaf* Cikgu ana cakap, orang yang bercouple semua ni, tak cukup kasih sayang mak ayah. Allahu .. :'/ Sebabnya lagi, pergaulan kita memang tak terjaga ! Pegang-pegang tanganlah, sembang pasal prkara yang tak perlu tahu pun takpa. Ikhtilah tu penting tau ! Jangan main main . Hehe ~
Bak kata Ustazah Fatimah Syarha , 'nanti dah besar, dah kawin, mesti taknak isteri/suami asyik main sms-lah, ber-msg msg kat Fb-lah dengan lelaki/perempuan lain, kan? Sebab tu, dari sekarang kita jaga pergaulan kita. Puasa syahwat :) Nanti bila dah nikah, nak buka puasa syahwat amatlah terasa .. Ya Allah, nikmatnyaa'. Jadi, awak, awak, awak dan awak kena jaga awak punya ikhtilat tu kalau taknak suami/isteri awak nanti main sms dgn org lain. Hehe. *muda lagi :3*
Setakat sini sahaja kita bahas. Nanti ada info lagi, In Shaa Allah.. ana update lagi.
Wassalammuaalaikum warohmatullah :)
Saturday, 19 January 2013
Maira Azlan : 2

"Tak mungkin tu.....Azlan ?!!",bisik hati
Maira dengan wajah yang tidak percaya.
Maira dengan separuh tidak percaya. Azlan itu merupakan seniornya lima tahun yang lepas. Azlan seorang tahfiz al-Quran yang membuatkan Maira terpegun dengan ketekunan Azlan mendalami ilmu al-Quran.
Maira tercengang apabila melihat hubungan Azlan bersama ayah Maira begitu akrab. Ibunya lalu bereda untuk menyambut tetamu yang datang. Tinggallah Maira seorang di situ.
"Assalammuaalaikum, lama tak jumpa. Apa khabar Puan Humaira ?", tegur Puan Zaharah sambil menghulurkan tangan.
"Alhamdulillah, saya sihat walaafiat." balasnya.
"Maira ! Maira ! Buat apa duduk situ, mari sini. Ibu nak kenalkan ni haa.. Mak cik Humaira", jerit ibu Maira tetapi dengan nada yang penuh keibuaan itu.
Maira dengan perasaan yang gugupnya itu, mula melangkah pergi. Dia beristighfar sepanjang dia mahu ke sana. Entah kenapa dia takut dengan keadaan seperti itu. Ibunya dan Puan Humaira rancak berbual sambil menunggu kehadiran anak puteri empunya Puan Zaharah.
"Assalammuaalaikum, mak cik." , senyum Maira.
"Waalaikummussalam. Dengar cerita Maira dah dapat result ?" tanyanya.
Maira hanya tersenyum. Puan Humaira tidak mahu memaksanya untuk memberitahu keputusan SPM-nya berapa.
"Eh, dah dah.. jom masuk. Buat apa kat luar ni. Jom, jom." ajak ayahnya Maira, Encik Zulkifli.
Mereka semua berlalu kedalam rumah. Azlan dari tadi mendiamkan diri. Dia juga berasa gugup namun tak tahu kenapa. Maira pula dari tadi tidak habis beristighfar tanpa berhenti. Dia juga merasakan apa yang dirasa oleh Azlan.
*********************
Puan Zaharah menghidangkan minuman untuk dijamu bersama. Mereka bergelak ketawa bersama sambil itu berbual-bual. Sebenarnya hajat keluarga Azlan datang hanya untuk berbincang tentang kerja-kerja Encik Zulkifli dengan Encik Arman.
Kehangatan rumah bertambah apabila Puan Zaharah bertanyakan soalan yang tiba-tiba memecahkan keriuhan yang ada.
"Azlan, awak tu tak ada yang berkenan ke?",tanya ibu Maira.
Tiba-tiba sahaja peluh mula membasahi muka Azlan. Azlan tersenyum kelat.
"Err.. rasanya belum lagi kot.",balasnya gugup.
"Laahh, awat takda lagi. Takpa2 anak mak cik ni kan ada.",ungkap ibu Maira lagi.
Maira terkejut apabila ibunya kata begitu. Matanya membulat tanda terkejut.
'Ibuuuuu !..., Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu' , jerit hati Maira.
Azlan mencuri pandangan kearah Maira sekejap. Maira menjadi malu-malu kucing. Mukanya habis merah padam.
Tuesday, 1 January 2013
Trying to be the new Da'ei :)

Assalammuaalaikum and hello there ! Welcome to the new year .. ~ 2013 . Everything is new when new year's come . Maybe yes maybe not , right ? Haha, okay okay . Tahun baru azam pun In Shaa Allah , pun baru . Betul tak ? Tahun agak mencabar buat ana sebab nak jalani kehidupan sebagai seorang da'ei . Haa .. pelik kan sbab tetiba je ni . Bagi yang knal spe diri ini , jgan terkejut . Sbab , tak mustahil seseorang itu berubah ;)
Sambung cerita , ana adalah da'ei kita semua adalah da'ei. Lepas Rasulullah (s.a.w) wafat, baginda meninggalkan tugas sebagai pendakwah kepada kita. Kalau bukan kita siapa nak pikul tanggungjawab ni ? Kan ? Jadi, kitalah warisnya. Ajak seramai mungkin untuk mengenal Allah dengan lebih dekat dan mendalam. In Shaa Allah .
Merah seperti api yang menyala, begitulah pendakwah dengan dakwahnya yang makin membara untuk menyebarkan kebenarannya.
Mesti korang fikir, 'kecik-kecik pun nk jadi da'ei (pendakwah) ? Bolehkah ?' Saya minta maaflah buruk sangka , ye . Tapi, tak salah utk saya nk pikul tanggungjawab ni. No ! It's not wrong for me but it's gives me close to Him. Ye, saya masih mentah lagi . Umur pun baru je 14 . Muda lagi tuh !!! Fuhh ! Haha.. Tapi takpa, walaupun banyak kekurangan, diri ini siap sedia utk ditegur jika ada kesalahan yang ana buat :)
Dakwah is easy. Just tell the people in polite way to drag them in the right path. In Shaa Allah, maybe that people will think what we're saying. Kadang-kadang , saya pun rasa macam berat tapi sedikit demi sedikit ada hasilnya. Kadang-kadang juga saya dakwah pada diri saya sendiri. Maybe you're think Im crazy but it's okay ;) Im fine with it . Maaf lagi sekali , buruk sangka lagi.
Nak bawa orang pada jalan yang benar memang agak susah, tapi mungkin suatu hari nanti dia akan sedar kesilapan yang dia dah buat. Kita hanya doakan saja yang lain serahkan pada-Nya :) Saya pernah juga terfikit bila baca buku 'Tautan Hati' - Fatimah Syarha Mohd. Noordin 'seronok jugak dakwah2 semua ni' Start dari situ teringin nk berdakwah :)
Biar orang reject sbab kita dah cuba . Tapi, janganlah jemu sbab kita sebarkan agama Allah . Biar kita dekat dengan Allah. Allahu ... :) Okay, that's all for today. In Shaa Allah, nanti saya post lagi. Wassalam warohmatullah :D
Ni bukunya , Tautan Hati hasil tulisan Ustzah Fatimah Syarha :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)