
"Tak mungkin tu.....Azlan ?!!",bisik hati
Maira dengan wajah yang tidak percaya.
Maira dengan separuh tidak percaya. Azlan itu merupakan seniornya lima tahun yang lepas. Azlan seorang tahfiz al-Quran yang membuatkan Maira terpegun dengan ketekunan Azlan mendalami ilmu al-Quran.
Maira tercengang apabila melihat hubungan Azlan bersama ayah Maira begitu akrab. Ibunya lalu bereda untuk menyambut tetamu yang datang. Tinggallah Maira seorang di situ.
"Assalammuaalaikum, lama tak jumpa. Apa khabar Puan Humaira ?", tegur Puan Zaharah sambil menghulurkan tangan.
"Alhamdulillah, saya sihat walaafiat." balasnya.
"Maira ! Maira ! Buat apa duduk situ, mari sini. Ibu nak kenalkan ni haa.. Mak cik Humaira", jerit ibu Maira tetapi dengan nada yang penuh keibuaan itu.
Maira dengan perasaan yang gugupnya itu, mula melangkah pergi. Dia beristighfar sepanjang dia mahu ke sana. Entah kenapa dia takut dengan keadaan seperti itu. Ibunya dan Puan Humaira rancak berbual sambil menunggu kehadiran anak puteri empunya Puan Zaharah.
"Assalammuaalaikum, mak cik." , senyum Maira.
"Waalaikummussalam. Dengar cerita Maira dah dapat result ?" tanyanya.
Maira hanya tersenyum. Puan Humaira tidak mahu memaksanya untuk memberitahu keputusan SPM-nya berapa.
"Eh, dah dah.. jom masuk. Buat apa kat luar ni. Jom, jom." ajak ayahnya Maira, Encik Zulkifli.
Mereka semua berlalu kedalam rumah. Azlan dari tadi mendiamkan diri. Dia juga berasa gugup namun tak tahu kenapa. Maira pula dari tadi tidak habis beristighfar tanpa berhenti. Dia juga merasakan apa yang dirasa oleh Azlan.
*********************
Puan Zaharah menghidangkan minuman untuk dijamu bersama. Mereka bergelak ketawa bersama sambil itu berbual-bual. Sebenarnya hajat keluarga Azlan datang hanya untuk berbincang tentang kerja-kerja Encik Zulkifli dengan Encik Arman.
Kehangatan rumah bertambah apabila Puan Zaharah bertanyakan soalan yang tiba-tiba memecahkan keriuhan yang ada.
"Azlan, awak tu tak ada yang berkenan ke?",tanya ibu Maira.
Tiba-tiba sahaja peluh mula membasahi muka Azlan. Azlan tersenyum kelat.
"Err.. rasanya belum lagi kot.",balasnya gugup.
"Laahh, awat takda lagi. Takpa2 anak mak cik ni kan ada.",ungkap ibu Maira lagi.
Maira terkejut apabila ibunya kata begitu. Matanya membulat tanda terkejut.
'Ibuuuuu !..., Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu' , jerit hati Maira.
Azlan mencuri pandangan kearah Maira sekejap. Maira menjadi malu-malu kucing. Mukanya habis merah padam.
No comments:
Post a Comment