
Ikhtilat. Hmm, ikhtilat itu apa yaa ? Ikhtilat tu dalam bahasa arab kalau dalam bahasa melayu ikhtilat maksudnya Pergaulan. Pergaulan. Ada apa dengan pergaulan? Haa, ni nak cerita sikit. Kita islam, muslim kena jaga auratlah, jaga solatlah, jaga adablah, jaga percakapanlah, jaga akhlaklah. Tapiiii .. kita lupa nak jaga pergaulan kita sesama manusia. Girls and boys. Hawa dan adam. Perempuan dan lelaki. But, pergaulan ni ada banyak bahagian. Bahagian ana nak cerita ni adalah pasal kaum Adam dan Hawa. :)
"Alah, pergaulan je. Cakap jauh jauh jelaa.. kan senang." Yes, indeed ! Cakap jauh jauh memanglah. tapi cara kita jaga tu melalui kita cakap, jarak dan seumpama dengannya. Kita jaga ke ? Ingat balik :) Kadang kadang, perkara remeh boleh jadi perkara yang besar. Contohnya, pergaulanlah. Mula mula kawan, pastu Bf/Gf semua tuh. Tak pasal pasal, perut si Gf tu dah buncit. See ? Besar kan ?
Sebab tu kena jaga ikhtilat kita walaupun ada urusan penting mana pun. Kita cakap pun kena jaga. Cuba ingat balik, apa yang kita cakap dekat dia tu *L/P* Kalau sekadar nak tanya 'awak dah makan? awak dah solat? awak dah ...' blablabla and so on. Penting sangat ke ? Sampai kalau tak tahu boleh mati *nauzubillah*. Selagi belum sah suami isteri jangan mengada ngada nak ambil tahu. Hehe. Tapi kalau boleh tak payahlah tahu. Yang penting sekarang, jaga hubungan kita dengan Allah.
'Tapi kalau ada urusan yang tersangat penting?' Itu boleh, selagi urusan tu bukan yang pasal remeh temeh. Urusan macam pekerjaan ke, kewangan ke, atau yang hampir sama dengannya itu boleh. In Shaa Allah :) Haa, lagi satu. Jangan pula salah anggap, kalau adik beradik tak apalah. Janji jangan lelaki yang bukan muhrim, ajnabi.
Ikhtilat juga selalu tak terjaga bila 'bercouple'. Okay, couple disini jelas dah tunjuk hukumnya iaitu Haram. So, buat apa nak couple couple semua ni ? Sibuk nak mengada je tahu dan buang masa. *maaf* Cikgu ana cakap, orang yang bercouple semua ni, tak cukup kasih sayang mak ayah. Allahu .. :'/ Sebabnya lagi, pergaulan kita memang tak terjaga ! Pegang-pegang tanganlah, sembang pasal prkara yang tak perlu tahu pun takpa. Ikhtilah tu penting tau ! Jangan main main . Hehe ~
Bak kata Ustazah Fatimah Syarha , 'nanti dah besar, dah kawin, mesti taknak isteri/suami asyik main sms-lah, ber-msg msg kat Fb-lah dengan lelaki/perempuan lain, kan? Sebab tu, dari sekarang kita jaga pergaulan kita. Puasa syahwat :) Nanti bila dah nikah, nak buka puasa syahwat amatlah terasa .. Ya Allah, nikmatnyaa'. Jadi, awak, awak, awak dan awak kena jaga awak punya ikhtilat tu kalau taknak suami/isteri awak nanti main sms dgn org lain. Hehe. *muda lagi :3*
Setakat sini sahaja kita bahas. Nanti ada info lagi, In Shaa Allah.. ana update lagi.
Wassalammuaalaikum warohmatullah :)
.jpg)
No comments:
Post a Comment