“Mi, tengok baba ni.
Humaira nak tahu je.” Aku memuncungkan bibir.
“Dah-dah. Tak baik
buat muka macam tu depan rezeki. Kita makan dulu.” Umi menyelit.
Setelah selesai
makan, aku menolong umi mencuci pinggan dan mengemas ruang dapur. Baba sudah
berlalu ke ruang tamu, menonton TV. Seusai itu, aku dan umi berganjak menuruti
jejak baba.
“Ha, baba! Sekarang
dah selesai makan. Cepatlah beritahu hal apa yang baba nak bincang tu?” Aku
melabuhkan kedudukan bersebelahan baba.
“Budak ni, dah besar
tapi macam budak kecil lagi. Manja!” Tegur baba sambil ketawa.
“Sayang, nanti kalau
baba dan umi cakap jangan terkejut.” Umi menyampuk.
“Baba dan umi ni
buat Humaira suspen je. Cakaplah.” Aku kehairanan.
“Ada orang nak
sunting Saiyyidah Humaira.” Tenang baba memberitahu.
“Hmm, sebenarnya kan
mi, baba. Humaira nak sambung belajar dulu. Jordan tu macam mana?”
“Lepas Humaira
nikah, baba izinkan Humaira pergi belajar.”
“Siapa?” Soal
aku.
“Anak kawan umi,
Ustazah Musliha.” Jawab umi.
“Baba dengan umi
macam mana?”
“Ikut Humaira la.”
Baba memandangku.
“Kalau Humaira, baik
pada umi dan baba, Humaira tak ada halangan.”
“Jadi Humaira
terima?” Soal baba seolah tak berpuas hati.
“Ye, Humaira
terima.”
Ulas bibir umi dan
baba menguntum senyum.
***
“Anak makcik ni tak
macam kamu Humaira. Beruntung makcik kalau dapat menantu macam kamu.” Ustazah
Musliha menyusun kata.
Setelah diterang
serba serbi, baru aku tahu bahawa Afnan rupanya anak Ustazah Musliha. Sungguh
kecil dunia ini. Itulah aturan ALLAH. Seorang yang berkerjaya, berpewatakan
menarik, miliki segalanya. Namun, jauh dari ALLAH. Pelik bukan, sedangkan ibu
bapanya seorang ustaz dan ustazah. Kuasa ALLAH, jika DIA tak beri hidayah maka
akan terumbang ambing la umat manusia itu.
“Makcik, saya terima
lamaran ini. Tapi dengan syarat.”
“Apa Humaira? Kamu
nak cincin emas 2 bentuk ke?”
Aku tersenyum.
“Makcik, kilauan emas tu akan hilang dan pudar warnanya di telan waktu. Saya tak
perlukan semua tu. Cukup maharnya sekadar senaskah al-Quran. Dan tiba di hari
pernikahan, saya nak Afnan serahkan al-Quran yang habis dibacanya 30 juzuk itu
pada saya.”
“InsyaALLAH, nanti
makcik sampaikan pada dia. Jadi Humaira betul-betul bersetuju ni?”
“Baba dan umi
izinkan saya terima Afnan, jadi saya juga terima.”
“Terima kasih nak.”
Tutur Makcik Musliha sambil jemarinya erat menggenggam jemariku.
Setelah tamat majlis
serba sederhana itu, aku berlalu ke dapur, menolong ibu mengemas saki baki
pinggan mangkuk yang telah digunakan.
“Umi bangga dengan
anak umi.”
“Kenapa umi cakap
macam tu?”
“Humaira tak
menyesal terima Afnan? Sedangkan Humaira boleh memilih lelaki yang jauh lebih
baik dari Afnan.”
“Kenapa baba dan umi
terima Afnan sebagai calon suami Humaira?”
“Sebab dia perlukan
Humaira.”
“Atas sebab itulah
Humaira terima dia. Humaira tak menyesal mi. Humaira tahu, Afnan perlukan
seseorang untuk mengisi jiwa dia yang kehausan ilmu ALLAH tu. Humaira anggap ini
amanah dari ALLAH. Pasti ada sebabnya kenapa ALLAH kirimkan Afnan untuk
Humaira.”
“Agak-agak Afnan
boleh tunaikan syarat Humaira tu?”
“Kita tunggu dan
lihat jela mi.” Aku tersenyum.
***
Pantas masa berlalu,
sepanjang tempoh persiapan majlis, tidak sekali kami bertutur bicara, apatah
lagi bersua muka. Jika ada hal yang dia inginkan, hanya dengan baba dan umi yang
dia temui. Entah bagaimana agaknya dia menyambut syarat yang aku tetapkan
itu.
“Humaira, jom turun.
Ustazah Musliha datang tu.”
“Baik
mi.”
Tersedar dari
lamunan setelah umi menyapa, lantas itu aku terus mengenakan tudung dan turun ke
bawah.
“Macam mana, dah
bersedia nak jadi isteri?” Bakal ibu mertuaku menyoal.
“InsyaALLAH makcik.”
Aku hanya mampu terseyum.
Debarnya tetap
terasa. Malam ini selepas isya’ aku bakal dinikahkan oleh baba sebagai waliku.
Ya ALLAH, moga dipermudahkan segalanya. Namun aku masih menunggu “penyerahan”
al-Quran daripada Afnan. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Aku meminta diri
untuk berlalu ke kamar. Majlis pernikahan ini hanya dibuat kecil-kecilan sahaja.
Kata baba, kenduri nanti baru nak jemput ramai kenalan lain. Untuk hari ini
hanya saudara-mara dan jiran terdekat sahaja yang menjadi tetamu. Teringat
perbualan dengan Fatimah semalam,
“Enti nak
kahwin?”
“Yelah.”
“Dengan
siapa?”
“Enti datang majlis
ana nanti, enti tahu la. Datang tau!”
Sukar percaya,
itulah reaksi Fatimah. Aku juga tidak menyangka secepat ini aku akan bergelar
isteri orang. Namun aku yakin dengan setiap yang telah DIA
tetapkan.
“Assalamualaikum.”
Sapaan satu suara
menghentikan lamunanku. Aku menoleh ke pintu.
“Fatimah! Eh,
masuklah!”
“Berangan
ke?”
“Eh, enti ni. Ada
pulak. Terima kasih tau datang.” Kami bersalaman.
“Dengan siapa ni
enti nak nikah?”
“Ala, enti tunggu je
lah malam ni. Nanti enti saksikan sendiri.” Aku tersenyum.
“Ada-ada enti ni
tau. Eh, umi enti suruh enti siap-siap apa yang patut.”
“Yelah.”
***
Tepat jam 9.00 malam
aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Afnan. Hanya tampil dengan baju melayu
silver, dan aku hanya berjubah juga yang senada warnanya. Alhamdulillah, hanya
itu yang terlafaz. Airmata kesyukuran mengalir lembut membasahi pipi, wajah umi
dan baba aku tatap. Riak gembira jelas sekali terpancar di wajah
mereka.
“Tahniah sayang.”
Ucap umi sambil memelukku erat.
“Humaira! Enti
dengan…? Apa-apa pun tahniah!” Melopong mata Fatimah apabila mengetahui yang
Afnan kini sah menjadi suamiku.
Usai itu, aku
berlalu ke dapur. Mencari segelas air, tekak sudah kehausan minta diisikan
air.
“Terima
kasih.”
Aku menoleh, kelibat
Afnan menghampiriku.
“Terima kasih untuk
apa Afnan?”
“Janganlah panggil
Afnan. Tak macam suami awak pun.”
“Err, ok. Abang.
Kenapa ucap terima kasih?”
“Sebab terima
abang.”
“Ha, kalau ikut
syarat, abang belum tunaikan lagi tau! Mana al-Quran yang abang patut bagi pada
saya tu?”
“Abang taknak kasi.
Sebab abang berubah kerana ALLAH, bukan kerana nakkan Humaira. Kalau abang
serahkan al-Quran pada Humaira, itu bererti abang hanya berubah kerana Humaira.
Sekarang abang nak tanya, kenapa Humaira terima abang?”
“Sebab abang tak
bagi al-Quran tu pada saya la.” Aku tersenyum.
Aku menyambung.
“Saya percaya, yang abang betul-betul berubah kerana DIA, bukan kerana nakkan
saya semata-mata. Lagipun saya terima lamaran abang kerana saya anggap abang
mungkin amanah dari ALLAH untuk saya. ALLAH hadirkan seseorang yang kehausan
ilmu dan kasih sayangNYA untuk saya, agar saya boleh isikan jiwanya itu dengan
ilmu yang saya ada.”
“Alhamdulillah.
Terima kasih sayang. Sememangnya Humaira jodoh dari ALLAH untuk
abang.”
“Kasih abang
diterima. Mulai sekarang kita sama-sama kemudikan bahtera yang kita bina ni agar
kukuh dalam pelayarannya ok?”
“InsyaALLAH.”
Senyuman kami
berpadu. Terima kasih ALLAH . Sungguh perancanganMU penuh rahsia.
*END*
~ Credit cerita : Hazwani Anuar ~ Hanya berkongsi cerita sahaja ;) ~
Assalammuaalaikum .