Navigations =D

Friday, 9 November 2012

Maira Azlan : 1

 
 
 
 
 
 
Maira bt. Zulkifli. Pendek namanya. Tapi terkenal , hampir satu sekolah kenal dengan gadis berusia 17 tahun itu. Dia berasal daripada keluarga yang sederhana namun perwatakannya sangat menarik hati para lelaki. Sudah ramai lelaki cuba untuk menawan hatinya, namun tiada yang berjaya. Maira seorang yang lemah lembut. Dia seorang yang kuat agamanya sehingga rakan perempuannya yang lain melabel dirinya itu kolot dan ketinggalan zaman kerana dia bertudung labuh, berjilbab dan memakai baju yang longgar pabila keluar rumah. Kata-kata mereka langsung tidak Maira hiraukan.
 
18 Febuari 2011
 
Keputusan SPM kepunyaannya telah keluar. Saat mengambil keputusan tersebut, hatinya hanya berselawat dan bertawakal dengan apa sahaja keputusan yang bakal diterimanya nanti. Ibunya , Puan Zaharah hanya berdoa agar diperoleh keputusan yang cemerlang. Begitu juga abahnya.
 
Setelah beberapa minit menunggu keputusan, akhirnya keputusan telah dilekatkan di papan kenyataan belakang dewan sekolahnya. Ramai orang berasak-asakan untuk melihat keputusan masing-masing. Maira hanya tunggu dengan sabar. Rakannya, Insyirah telah berjaya mengetahui jumlah A yang dapat dikumpulnya. Maira sudah tidak sanggup untuk tunggu. Dia melihat keputusannya dengan beristighfar beberapa kali.
 
Apabila mengetahui keputusannya, Maira mengalirkan air mata kesyukuran kerana beroleh 18 A 2 B. Dia tidak menyanka yang dia akan menerima keputusan sebegitu. Dia cukup berpuas hati dengan pencapaiannya itu. Maira segera pulang kerumah untuk mengkhabarkan kepada ibu tercinta.
 
Setelah sampai, Maira lantas memeluk ibunya yang sedang memasak di dapur.
 
"Ibuuuu !! Maira dapat ibu !!!"
"Dapat apa ? Ohh, keputusan SPM, kan ? Berapa A ? Tell me !!" , Ibunya bagaikan tidak sabar untuk mengetahui keputusan puterinya itu.
"18 A's and 2 B's , isn't that great. Alhamdulillah, bu", jawab Maira dengan muka yang gembira.
"Alhamdulillah, ibu happy sangat. Takpalah kalau yang B tu, asalkan Maira dah bekerja keras nak dapat yang terbaik."
 
Maira memeluk ibunya sekali lagi. Tapi kali ini pelukannya itu lebih erat. Ibunya sangat gembira dan tidak sabar untuk mengkhabarkan kepada suaminya, Encik Zulkifli. Pelukan mereka terlerai apabila sebuah kereta membunyikan honnya.
 
Alangkah terkejutnya melihat abahnya, Encik Zulkifli bersama seorang pemuda dan orang tuanya sekali. Maira melihat beberapa kali kearah pemuda itu. Dia bagaikan mengenali pemuda tersebut. Pemuda itu berpakaian t-shirt dan mengenakan dengan seluar jeans. Dia juga memakai sepasang cermin mata.
 
"Tak mungkin tu.....Azlan ?!!",bisik hati Maira dengan wajah yang tidak percaya.
                                                 
*BERSAMBUNG*
 
Syakirah's write | Maaf kalau pendek, idea keluar setakat tu jer. Tapi, tunggu akan episode seterusnya. InsyaAllah, akan diterbitkan tak lama lagi. ~ Wassalammuaalaikum

Thanks for reading,like kalau suka :DD

No comments:

Post a Comment