Tiba-tiba sahaja peluh mula membasahi muka Azlan. Azlan tersenyum kelat.
"Err.. rasanya belum lagi kot.",balasnya gugup.
"Laahh, awat takda lagi. Takpa2 anak mak cik ni kan ada.",ungkap ibu Maira lagi.
Maira terkejut apabila ibunya kata begitu. Matanya membulat tanda terkejut.
'Ibuuuuu !..., Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu' , jerit hati Maira.
Azlan mencuri pandangan kearah Maira sekejap. Maira menjadi malu-malu kucing. Mukanya habis merah padam.
***************
Setelah puas berborak panjang, keluarga Azlan meminta diri untuk pulang ke rumah.
"Terima kasihlah, jemput kami. Nanti ada apa-apa panggillah lagi.", ujar Puan Humaira.
"InsyaAllah, boleh saja." balas ibu Maira dengan senyuman.
Kereta Azlan pun beransur hilang. Tetapi hati Maira merasakan sesuatu yang aneh baginya. Pemergian Azlan tadi membuatkan hatinya terasa rindu dengan kejadian tadi.
'Allah, apa yang aku fikir ni? Astaghfirullahal'azim', hatinya berbisik.
Sungguh dia tidak mahu terjerat dengan zina hati. Biarpun didengarnya hanya remeh, tapi impaknya besar dan boleh membuatkan seseorang itu angau tidak tentu arah.
"Maira, maira! Dah, masuk rumah. Tercegat lagi dekat situ kenapa? Nak Azlan datang balik ke?" , terjah ibunya
"Ehehe, iyalah bu. Tapi, takdelah sampai nak tunggu Azlan tu."
"Eh, anak ibu ni tak berkenan ke dengan Azlan tu?"
"Bukan tak berkenan, cuma terlalu awal lagi. Maira rasa biarlah Allah yang tentukan. Lagipun, Maira nak sambung masuk U lepas ni.", balas Maira petah.
Dua celoteh anak beranak ini amat bahagia. Ayahnya yang elok sahaja menonton televisyen, beralih pandangan kepada isterinya dan anak perempuannya itu. Hanya ucapan 'Alhamdulillah' yang lahir di bibir Encik Zulkifli.
************
"Maira, ayah rasa nak pergi rumah Encik Arman minggu depan. Ayah ingat nak bawa kamu semua.", ucap ayahnya.
Tersedak Maira dibuatnya. Perasaan gugup kembali menghantui.
'Ah, taknak, taknak', hatinya memberontak.
"Maira ikut sekali ye. Ibu pun ikut juga. Bosan tak ada anak ayah dengan ibu ni.", pujuk ibunya pula.
Permintaan ibu dan ayahnya sukar untu ditolak. Maira turuti sahaja. Dia tidak mahu menghampakan harapan kedua ibubapanya. Maira tersenyum kelat apabila melihat ibunya senyum keriangan. Dia cuba untuk berlaku selamba padahal hanya hati mengungkap segalanya.
'Allah.. takpa-takpa, akan aku tepis dengan beristighfar kepadaMu', nekadnya
*************
Dirumah sana, Azlan sedang sibuk menyiapkan projeknya di universiti. Katanya, penting untuk dapat pointer tinggi. Disebelahnya, terhidang segelas susu dan dua roti bakar bersalut mentega kacang. Mamaya dari tadi hanya memerhati anaknya yang sedang tekun belajar. Azlan sampai idak menyedari yang mamanya mengintainya dari belakang.
"Azlan, dah dahlah tu. Nanti, kamu tu bangun lambat.", pujuk mamanya, Puan Humaira.
"Lagi sikit je ni, mama.", balas kembali Azlan.
"Azlan, mama nak cakap sikit dengan kamu ni."
Azlan mengangguk tanda setuju untuk mendengar apa yang mamanya mahu bicarakan.
"Minggu depan giliran keluarga Maira datang sini. Kamu tak pergi mana-mana kan?", soal Puan Humaira.
Gurlpp. Terkejut hatinya apabila nama Maira diungkap oleh mamanya. Rasa mahu mengelak sahaja daripada terus berjumpa dengan Maira. Hatinya berdegup kencang. Diam sahaja yang mampu dilakukan.
"Ermmm.. tak kot.", jawabnya acuh tak acuh.
"Bagus, nanti tolong mama ye, sediakan makanan untuk tetamu nanti."
"Hmm..", hanya itu yang terkeluar dari mulut Azlan.
'Ya Allah, peliharalah hatiku. Janganlah aku jatuh ke jurang cinta nafsu. Jauhkanlah zina hati daripadaku. Ameen', doa hatinya.
Azlan dan Maira, masing-masing mahu mengelak daripada berjumpa. Mahu mengelak supaya hati dijaga. Hanya Allah sebagai pengadu untuk hati berbicara.
*Bersambung ..

.jpg)